Thursday, October 1, 2009

keperluan VS kehendak

Ruangan kali ni kita bincang mengenai keperluan dan kehendak.

Keperluan merupakan barang atau perkhidmatan yang diperlukan oleh seseorang untuk terus hidup dengan kadar kepuasan yang minimun. Berbanding zaman nenek moyang kita dulu, keperluan hanya meliputi tempat tinggal, makan dan minum, kesihatan, pakaian dan sesuatu yang penting sahaja. Tapi zaman sekarang ini, keperluan sudah berubah mengikut zaman. Contohnye keperluan telefon, kereta, air paip dan bla bla bla yang membantu untuk terus hidup.

Kehendak pula ialah keinginan untuk memenuhi keselesaan yang maksimun.

Kita sebagai insan biasa sudah tentu kita mempunyai kehendak yang pelbagai di atas dunia ni kan. Begitu jugak aku, x dinafikan kekadang tu timbul keinginan nak itu la, nak ini la.. bagaimana pulak dgn anda???

Semuanye atas dasar kehendak yang tidak pernah menemui kepuasan. Contohnye jika anda mempunyai henset biasa punya. Lama-kelamaanya akan timbul keinginan nak pakai henset yang ada kamera la, sound best la, bla bla bla. sebenarnye kita sudah mmpunyai keperluan, tapi lama-kelamaannya kehendak akan menguasai diri untuk mendapatkan sesuatu yang baru. Kehendak ini sebenarnya lahir dalam hati apabila kita sudah tidak mensyukuri nikmat pemberian Allah S.W.T. Apabila tiada rasa syukur, kehendak mula menguasai diri sehingga sanggup berbelanja besar untuk mendapatkan sesuatu. Malah, jika tidak bersyukur, apa yang kita miliki juga tidak akan menemui kenikmatan. Contohnye orang kaya, dah ada kete mewah, tapi sanggup tukar kete baru lagi. Inilah buruknya jika kehendak menguasai diri.



Bak kata pepatah, bagi betis nak paha. Bagi paha nak dada. Kalau nak ikut kehendak, memang kita tak kan menemui kepuasan terhadap sesuatu barang atau perkhidmatan, sebaliknye kita akan terus mengeluh, dan mencari sesuatu barang atau perkhidmatan yang lebih baik dari sebelumnya. Walaupun anda hidup mewah macam mana sekali pun, anda pasti tidak akan menemui kepuasan hidup kerana kehendak sentiasa menguasai diri… cara mengatasinya adalah dengan kalimah ALHAMDULILAH di atas segala nikmatNya.