Wednesday, May 20, 2015

Hanya sejarah dihatiku

Hari ni, tiba tiba aku didatangi seorang pelajar form 3.
Katanya nak tanya soalan matematik.
Atas dasar seorang pendidik, aku try selesaikan.
Tapi.........
Ternyata aku tidak mampu nak jawab soalan tu.
Jadi aku terpaksa berterus terang lah dengan pelajar tu.

Bila difikirkan, sudah 12 tahun aku tinggalkan ilmu matematik.
14 tahun untuk subjek matematik form 3.
Wauuuu, lama tu, daya pemikiran dalam subjek matematik pun dah berkarat.
Sedangkan dulu aku power jgk subjek ni.

Ternyata sekarang aku hanya fokus kepada subjek sejarah je.
DAN TERNYATA HANYA SEJARAH JE DIHATIKU

Saturday, April 25, 2015

Mengimbau kembali sejarah pembedahan tonsil saya

Dalam tulisan sebelum ini, aku ada mengatakan perancangan Allah swt lebih hebat dari perancangan kita.
Sebenarnya kalau nak ikutkan aku sepatutnya menghadapi pembedahan pada bulan 6 ini.
Oleh kerana perancangan Allah swt lebih hebat dari perancangan manusia, tarikh tersebut berubah dengan tidak dijangka-jangka.
Bagi aku, ada hikmah disebalik perubahan masa tersebut, iaitu:
1. Bulan 6, merupakan bulan ramadhan
2. Bulan ramadhan tidak sesuai untuk operation aku
3. Yang ketiga, mungkin bulan 6 ni saya dah pindah kot haha insyaallah.
4. Boleh kuruskan badan

Mengimbas kembali detik itu
13 April 2015: Aku lihat ada 1 panggilan telefon yang tidak sempat dijawab oleh aku.
Maka  bermain-main la di fikiran aku, milik siapa panggilan tersebut.
Satu kesimpulan yang aku buat adalah nombor itu milik pejabat di Sarawak.

14 April 2015: Jam 11.29 pagi aku menerima semula panggilan dari nombor telefon seperti yang aku cerita di atas.
Jauh dari speker telefon aku suara itu memperkenalkan dirinya sebagai doktor dari Hospital Miri.
Tujuannya adalah untuk mempercepatkan tarikh operation aku pada 17 April 2015.
Entah mengapa aku rasa begitu gembira masa itu.
Lepas itu, aku terus ke pejabat pengetua untuk memaklumkan apa yang akan aku lalui.
Alhamdulillah pengetua menyokong aku.
Lantas aku mendapatkan kerani untuk memastikan dia membuat borang GL untuk aku.
Lepas itu, aku terus berbincang dengan isteri aku mengenai operation tonsil, alhamdulillah sambutan sangat baik.

15 April 2015: Membuat persediaan untuk meninggalkan sekolah termasuk membuat kertas soalan ujian formatif 2.

16 April 2015: Melapor diri pakar 5 hospital Miri.
Selepas itu aku ke kaunter B untuk pendaftaran.
Terus menuju ke wad 8, untuk ujian kesihatan.
Rancangan asal aku adalah selepas ujian kesihatan aku akan pulang semula ke rumah untuk ambil isteri aku.
Tapi aku terus ditahan di wad pada hari tersebut.
Terpaksalah meminta bantuan rakan untuk tumpangkan isteri aku datang ke hospital. Jaraknya 89KM, haha jauh kan.
Selepas ujian kesihatan dibuat, aku terus masuk bilik 5 untuk berehat, menunggu kedatangan isteri tersayang.
Isteri aku hanya datang seorang diri tanpa ditemani anak kami. Anak dihantar ke rumah pengasuh selama 3 hari 2 malam, sedih dan kesian pada anak yang tidak pernah berpisah dengan kami.

17 April 2015: Tepat jam 12 tengahari, nurse datang dan menyuruh tukar pakaian.
Aku dibawa oleh nurse dan diiringi oleh isteri ke bilik bedah.
Lebih kurang 1 jam dalam bilik bedah menunggu, sedikit sebanyak menghilangkan rasa takut.
Hampir 1 jam menunggu aku hanya mampu berselawat pada junjungan besar Nabi Muhammad saw je.
Jam 1 tengahari akhirnya aku diberi ubat bius dan tidak sedarkan diri lagi.
Bila celik ja mata, nafas tercungap-cungap kerana paru-paru kekurangan oksigen.
Bila tgk jam, dah pukul 3 petang rupanya.
1 jam aku diberi bantuan oksigen oleh doktor.
Jam 4 petang aku terus dibawa keluar dari bilik bedah ke wad 8 oleh nurse..

Setetusnya aku melalui hari-hari berpantang untuk menyembuhkan luka pembedahan ku..

Friday, April 24, 2015

Apa panitia sejarah anda akan lakukan semasa pameran di bulan karnival akademik

Untuk makluman semua,buat julung-julung kalinya sekolah saya melancarkan karnival akademik pada tahun 2015. Dan saya sebagai ketua panitia sejarah diamanahkan untuk menyediakan soalan kuiz dan mengendalikan pameran panitia sejarah.
Alhamdulillah, soalan kuiz sempat saya sediakan, namun tidak sempat untuk bersama pelajar semasa menjawab kuiz.
Kenapa ye tidak sempat bersama pelajar.
Kerana perancangan Allah lebih hebat dari perancangan manusia. (Cuti sakit 10 hari)
Pameran pula saya tidak sama sekali sempat menyediakan bahan, kerana masa tidak mengizinkan untuk saya masa itu. Justeru, buat tahun pertama karnival akademik, kami hanya menyediakan buletin sejarah dan info kemerdekaan sahaja sebagai info untuk pameran. Itupun dengan bantuan isteri saya yang merupakan ahli panitia sejarah sekolah saya jugak. Apa-apa pun, terima kasih kepada my wife..
Bunyinya macam dah ok bagi saya dengan rancangan pameran, tetapi rupanya panitia lain lebih 'grand' dia punya pameran. Antaranya seperti:
1. Buat eksperimen
2. Kuiz
3. Permainan
4. Menayangkan alat muzik
5. Dan banyak lain yang best-best
Apa-apa pun saya bersyukur kerana ada juga bahan untuk ditampilkan walaupun tidak semeriah panitia lain.
Alhamdulillah

Wednesday, April 15, 2015

Tips jawab kertas 3 sejarah SPM


Betul ke ada tips..
Tips macam mana.
Semua soalan di atas akan berlegar-legar di minda anda.
Tips yang saya nak sampaikan di sini adalah berkaitan cara menguruskan masa selama 3 jam.
Semua calon SPM hanya dibekalkan 3 jam sahaja untuk kertas 3.
Agak-agaknya cukup ke tidak???

Sangat-sangat cukup kalau pelajar bijak mengurus masa.
Cara yang paling penting adalah:
1. Jangan bawa buku @ bahan terlalu banyak
2. Hanya buku @ bahan yang berkaitan sahaja perlu di bawa masuk dalam dewan peperiksaan.

Kenapa saya kata jangan bawa buku @ bahan terlalu banyak?
Sebabnya adalah kerana:
1. Meja pelajar hanya kecil sahaja.
2. Bila bahan banyak, tiada ruang untuk meletakkan buku
3. Pelajar akan bercelaru bila tengok bahan terlalu banyak.
4. Semua buku nak buka, menyebabkan pelajar akan jadi kelam kabut

Moga-moga anda semua faham maksud ayat-ayat di atas.
Selamat berjuang

Kenapa ramai pelajar tidak suka subjek sejarah

Mengapa, kenapa dan bagaimana ia boleh berlaku.
Tentu seronok kalau semua pelajar suka dengan sejarah.
Tapi, realiti dunia ini sangat seimbang, ada suka dan ada tidak suka.
Usah kata pelajat, malah ada guru sejarah sendiri yang tidak suka subjek sejarah.
Pelikkan, tapi ia benar.
Ok, topik hari ini adalah mengapa ramai pelajar tidak suka @ minat subjek sejarah.
Antara faktornya adalah seperti:
1. Pelajar itu sendiri dilahirkan tidak minat subjek membaca
2. Otak sudah dilatih supaya benci dengan fakta
3. Guru tidak ada kemahiran mengajar
3. Guru tidak pelbagaikan cara pengajaran
4. Guru sendiri tiada minat

Ada banyak lagi faktor yang berkaitan, bergantung kepada pandangan masing-masing

Monday, April 13, 2015

Kenapa kertas 3 diperkenalkan dalam sejarah SPM

Bermula tahun 2013, subjek sejarah spm mula mengalami perubahandi mana kertas 3 diperkenalkan.
Pernahkah pelajar terfikir tujuannya kertas 3 di perkenalkan.
Antaranya adalah untuk:
1. Membantu pelajar yang lemah untuk lulus subjek sejarah
2. Membantu pelajar yang sederhana untuk dapat skor A
3. Mewujudkan dan mengekalkan perasaan cinta kepada negara
4. Melahirkan masyarakat yang berilmu melalui pengkajian tema sejarah
5. Membentuk masyarakat yang boleh berfikir pada aras tinggi

Tuesday, November 18, 2014

ANALISIS SOALAN SEJARAH TAHUN-TAHUN LEPAS (Kertas 3)


TINGKATAN / BAB
2013
2014
2015
2016
2017
2018
2019
2020
2021
TINGKATAN 4









BAB 1









BAB 2









BAB 3









BAB 4









BAB 5









BAB 6









BAB 7









BAB 8









BAB 9









BAB 10









TINGKATAN 5









BAB 1









BAB 2









BAB 3









BAB 4









BAB 5









BAB 6









BAB 7

/







BAB 8









BAB 9
/