jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan orang yang bernama lelaki akan resah..
mereka masih lagi mencari-cari walaupun sudah memiliki segala-galanya.
Apa lagi?
Kerana tidak ada di syurga…
namun Nabi adam a.s tetap merindui Siti Hawa.
Kepada wanitalah
lelaki yang gagah,
berani dan
seumpamanya memanggilnya ibu atau puteri.
Dijadikan mereka itu (wanita) daripada tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh insan yang bernama lelaki.
Tetapi jika insan yang bernama lelaki itu sendiri yang tidak lurus,
maka adalah mustahil sama sekali untuk mereka meluruskan wanita…
Wahai insan yang bernama lelaki,
luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjukkan oleh ALLAH S.W.T.
didiklah mereka dengan panduan dari YANG MAHA ESA.
Jangan sesekali
kerana nanti mereka akan menjadi semakin LIAR…
jangan hiburkan mereka dengan kecantikkan, kerana kelak mereka akan semakin menderita…
kerana sesungguhnya yang sementara itu tidak akan dapat menyelesaikan masalah.
Kenalkanlah mereka kepada ALLAH dan dekatkanlah diri mereka dengan ALLAH S.W.T zat yang kekal,
kerana sesungguhnya disitulah terletak suisnya.
Akal setipis rambut, maka tebalkan mereka ilmu.
Hati yang serapuh kayu, maka kuatkanlah mereka dengan iman.
Perasaan yang selembut sutera, maka hiasilah mereka dengan akhlak yang mulia.
Suburkanlah mereka dengan tersebut,
kerana disitulah nanti mereka akan nampak nilainya dan keadilan ALLAH.
Pastinya mereka akan terhibur dan bahagia hati mereka walaupun mereka tidak menjadi ratu cantik dunia,
presiden atau perdana menteri.
Bisikkanlah ditelinga mereka bahawa…
kelembutan yang dijadikan oleh ALLAH kepada mereka bukan suatu kelemahan dan yang pastinya itu bukanlah diskriminasi Tuhan.
Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan kerana Rahim seorang wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki yang waja, negarawan, jutawan, karyawan, dan wan-wan bermacam wan lagi.
Tidak akan lahir “ superman” tanpa “super woman”.
Ingatlah wanita yang lupa hakikat kejadiannya pasti tidak akan terhibur dan menghibur.
Tanpa ilmu, iman dan ahklak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan,
bahkan mereka pula membengkokkan.
Ingat……
lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh wanita berbanding dengan wanita yang dirosakkan oleh lelaki.
Sebodoh bodoh wanita boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki.
Itulah akibatnya apabila wanita tidak mengenali Tuhannya,
mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri apatah lagi untuk mengenali lelaki…
kini…
bukan sahaja ramai “bos” yang kehilangan secretariat,
bahkan ramai anak yang kehilangan ibunya, suami akan kehilangan isteri dan
bapa pula kehilangan puterinya.
Bila wanita derhaka maka dunia lelaki menjadi huru-hara.
Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah hati, jantung dan limpa.
Para
tetapi binalah kepimpinan.
Pastikan sebelum memimpin wanita ke jalan ALLAH,
pimpinlah diri sediri terlebih dahulu kepada-NYA.
Jinakkan diri dengan ALLAH,
nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah kepimpinan kita.
Jangan mengharapkan isteri seperti saiyidatina Fatimah r.a jika peribadi kita belum lagi seperti sayyidina Ali r.a.