Sunday, September 13, 2009

Lembu oh lembu

Suatu ari hampir waktu maghrib, sorang petani baru saja pulang dari kebunnya
melintasi sekor lembu yang sedang makan ditepi jalan. Lembu itu pun bertanya
kat petani tu, " ello bang aji, baru balik kaaa ?"
Maka petani tu pun menjawab " ya ". Sembang punya sembang, kedengaran lah
azan. Lembu itu tanya kat bang aji petani tu " Itu suara apa bang aji ? "
Oooo itu bunyik azan menandakan masok waktu sembahyang magrib. Jawab petani
tu. Maka lembu tu pun tanya lagik, Bang Aji tak pi sembahyang ker ?
Takkkk...letih lah...jawab petani tu. OoooOo..kata lembu tu...seterusnya
lembu tu pun cakap kat bang aji petani tu....serupa lah kita ye..saya pun
tak sembahyang juga !!!...

emmm, jgn bace je, tanya la hati, anda bagaimana???

Syariat Memakai Cincin


JARI MANA DISYARIATKAN MEMAKAI CINCIN?
agarnya masih ramai yang tidak tahu perkara ini...

Jawapan pada soalan tersebut adalah bertepatan dengan Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kw. sesudah Saidina Ali
berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad Saw.

Nabi Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di
jari;
1) Jari manis
2) Jari kelingking (anak jari)

Dan jangan memakai pada jari;
1) Jari tengah
2) Jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan
jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu
kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut a.s.

Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan.

Muslimin dan Muslimat, sila nasihatkan kawan kawan dan juga saudara mara
ataupun anak anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat
Islam, kalau tidak sia sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi
saw.memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah
Nabi saw. dapatlah kita pahala.

Wallahu a'lam Wassalam.

Saturday, September 12, 2009

Wanita dan pelacuran di negara kita


Sebut sahaja Lorong Haji Taib,Chow Kit atau Jalan Bukit Bintang,kita sudah dapat membayangkan apakah fungsi tempat tersebut.Sudah berpuluh-puluh tahun tempat itu beroperasi .Namun aktiviti yang tidak bermoral itu nampaknya tidak mungkin terhapus berikutan dengan fanomena kegiatan yang semakin menjadi-jadi.Pelacuran yang melibatkan kaum wanita adalah aktiviti paling tua yang nampaknya menjadi aktiviti yang diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain.Dari kanak-kanak yang berumur 10 tahun hinggalah kepada wanita yang berumur 55 tahun. Pelbagai jenis pelacuran yang wujud seperti pelacuran komersial dan pelacuran yang hanya melibatkan wanita secara sukarela. Walau apa jua alasan yang dikemukakan kegiatan pelacuran tetap menjadi satu kesalahan dari segi agama tidak kira apa jua agama,adat dan budaya malah menyalahi undang-undang negara kita. Walaupun tidak ada maklumat lengkap bagaimana pelacuran boleh sampai ke Malaysia,dikatakan kegiatan ini bermula seawal abad ke 18 dengan kehadiran buruh lelaki dari China .

Mereka masuk untuk bekerja sebagai pelombong dan jumlah yang ramai ini mengakibatkan jumlah kaum wanita sedikit dari kaum lelaki. Oleh itu golongan wanita asing diimport bagi memenuhi nafsu buruh-buruh dan rakyat asing. Keadaan yang tidak terkawal bagaimanapun memaksa pihak Inggeris yang pada waktu telah mewujudkan Ordinan Wanita dan Gadis 1870 supaya setiap rumah pelacuran dan rumah sundal didaftarkan untuk memudahkan pemantauan.

Melalui akhbar Utusan Malaysia,statistik dari Polis DiRaja Malaysia menunjukkan bahawa wanita Melayu paling ramai yang terlibat dengan aktiviti pelacuran ini iaitu 60% diikuti Cina 30% dan India 2%.Manakala kaum-kaum lain hanyalah 8%.Itu adalah pelacur-pelacur tempatan seperti yang ditunjukkan dalam graf di bawah. Terdapat juga pelacur dari negara-negara asing.


Terdapat beberapa jenis atau kategori pelacur yang dikenalpasti di Malaysia.
Diantaranya ialah :-

a) Pelacur Pasar – Kumpulan yang paling rendah dan paling ramai dalam masyarakat pelacur. Mereka biasanya menjalankan aktiviti ini dilorong-lorong gelap seperti di Jalan Chow Kit,Jalan Hají Taib,Petaling Street dan Jalan Bukit Bintang.

b) Pelacur Jalanan – Kumpulan ini biasanya mendapatkan pelanggan dengan menjaja diri mereka dipusat membeli belah dan tempat hiburan seperti disco,pub,pusat dangdut,karoake dan lain-lain dengan tujuan mencari duit lebih.

c) Pelacur bermajikan – Mereka ini adakalanya dikenali sebagai call girl dan beroperasi ditempat tertentu seperti dirumah flan atau rumah perseorangan yang biasnya disediakan oleh majikan untuk perkhidmatan seks.

d)Pelacur tukang urut – Mereka ini didaftarkan sebagai pekerja ditempat berkenaan tetapi menjalankan kegiatan pelacuran sebagai salah satu sumber pendapatan.

e) Pelacur Bebas- Kumpulan elit dalam kalangan pelacur yang mungkin terdiri daripada pramugari,pelajar IPTA/S,gadis pejabat,artis dan peragawati. Tumpuan mereka dikawasan yang agak elit seperti dibar,restoran eklusif dihotel atau tempat tumpuan golongan elit.Untuk mendapat perkhidmatan mereka,adakalanya talian telefon disediakan dan boleh disewa selama beberapa malam dan boleh diajak bercuti.

f) Pelacur Kehormat- Hanya melayan golongan tertentu sahaja seperti ahli-ahli korporat atau eksekutif yang kaya. Adakalanya mereka ini disewa oleh firma atau syarikat korporat itu untuk tujuan menemani tetamu khas dan berhibur termasuklah seks.

g) Bohsia- Pelacur ini terdiri daripada remaja belasan tahun yang menyediakan perkhidmatan seks secara percuma atau pun berbayar semata-mata untuk berseronok. Adakalnya mereka menjadi taruhan mat Rempit jika ada lumba haram dan mudah untuk diperolehi.