
Sebut sahaja Lorong Haji Taib,Chow Kit atau Jalan Bukit Bintang,kita sudah dapat membayangkan apakah fungsi tempat tersebut.Sudah berpuluh-puluh tahun tempat itu beroperasi .Namun aktiviti yang tidak bermoral itu nampaknya tidak mungkin terhapus berikutan dengan fanomena kegiatan yang semakin menjadi-jadi.Pelacuran yang melibatkan kaum wanita adalah aktiviti paling tua yang nampaknya menjadi aktiviti yang diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain.Dari kanak-kanak yang berumur 10 tahun hinggalah kepada wanita yang berumur 55 tahun. Pelbagai jenis pelacuran yang wujud seperti pelacuran komersial dan pelacuran yang hanya melibatkan wanita secara sukarela. Walau apa jua alasan yang dikemukakan kegiatan pelacuran tetap menjadi satu kesalahan dari segi agama tidak kira apa jua agama,adat dan budaya malah menyalahi undang-undang negara kita. Walaupun tidak ada maklumat lengkap bagaimana pelacuran boleh sampai ke Malaysia,dikatakan kegiatan ini bermula seawal abad ke 18 dengan kehadiran buruh lelaki dari China .
Mereka masuk untuk bekerja sebagai pelombong dan jumlah yang ramai ini mengakibatkan jumlah kaum wanita sedikit dari kaum lelaki. Oleh itu golongan wanita asing diimport bagi memenuhi nafsu buruh-buruh dan rakyat asing. Keadaan yang tidak terkawal bagaimanapun memaksa pihak Inggeris yang pada waktu telah mewujudkan Ordinan Wanita dan Gadis 1870 supaya setiap rumah pelacuran dan rumah sundal didaftarkan untuk memudahkan pemantauan.
Melalui akhbar Utusan Malaysia,statistik dari Polis DiRaja Malaysia menunjukkan bahawa wanita Melayu paling ramai yang terlibat dengan aktiviti pelacuran ini iaitu 60% diikuti Cina 30% dan India 2%.Manakala kaum-kaum lain hanyalah 8%.Itu adalah pelacur-pelacur tempatan seperti yang ditunjukkan dalam graf di bawah. Terdapat juga pelacur dari negara-negara asing.

Terdapat beberapa jenis atau kategori pelacur yang dikenalpasti di Malaysia.
Diantaranya ialah :-
a) Pelacur Pasar – Kumpulan yang paling rendah dan paling ramai dalam masyarakat pelacur. Mereka biasanya menjalankan aktiviti ini dilorong-lorong gelap seperti di Jalan Chow Kit,Jalan Hají Taib,Petaling Street dan Jalan Bukit Bintang.
b) Pelacur Jalanan – Kumpulan ini biasanya mendapatkan pelanggan dengan menjaja diri mereka dipusat membeli belah dan tempat hiburan seperti disco,pub,pusat dangdut,karoake dan lain-lain dengan tujuan mencari duit lebih.
c) Pelacur bermajikan – Mereka ini adakalanya dikenali sebagai call girl dan beroperasi ditempat tertentu seperti dirumah flan atau rumah perseorangan yang biasnya disediakan oleh majikan untuk perkhidmatan seks.
d)Pelacur tukang urut – Mereka ini didaftarkan sebagai pekerja ditempat berkenaan tetapi menjalankan kegiatan pelacuran sebagai salah satu sumber pendapatan.
e) Pelacur Bebas- Kumpulan elit dalam kalangan pelacur yang mungkin terdiri daripada pramugari,pelajar IPTA/S,gadis pejabat,artis dan peragawati. Tumpuan mereka dikawasan yang agak elit seperti dibar,restoran eklusif dihotel atau tempat tumpuan golongan elit.Untuk mendapat perkhidmatan mereka,adakalanya talian telefon disediakan dan boleh disewa selama beberapa malam dan boleh diajak bercuti.
f) Pelacur Kehormat- Hanya melayan golongan tertentu sahaja seperti ahli-ahli korporat atau eksekutif yang kaya. Adakalanya mereka ini disewa oleh firma atau syarikat korporat itu untuk tujuan menemani tetamu khas dan berhibur termasuklah seks.
g) Bohsia- Pelacur ini terdiri daripada remaja belasan tahun yang menyediakan perkhidmatan seks secara percuma atau pun berbayar semata-mata untuk berseronok. Adakalnya mereka menjadi taruhan mat Rempit jika ada lumba haram dan mudah untuk diperolehi.
No comments:
Post a Comment