T5B7 : DEMOKRASI BERPARLIMEN
INGATAN : 1. Rujuk buku teks ms 160 – 187
2. Tidak
perlu buat rangka jawapan
3. Jumlah
isi jawapan hendaklah mengikut
peruntukan markah.
Bil
|
Tajuk
|
ms
|
SOALAN 1
|
Jelaskan
Maksud / Konsep / Corak / Bentuk Negara
Demokrasi
( Berparlimen ) (Btms 161 )
|
3
|
SOALAN 2
|
Definisi / Maksud /
Konsep / Jenis / Latar belakang
Sistem pemerintahan Negara Malaysia( Bt ms 161- 162 )
|
3
|
SOALAN 3
|
Ciri –Ciri sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen di Malaysia
( Btms 161)
|
4
|
SOALAN 4
|
CATATAN: Sekiranya 30 markah
Ciri –Ciri sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen di Malaysia
( 30 markah ) ( Btms 161)
|
5
|
SOALAN 5
|
Jawapan untuk 3 soalan di bawah
adalah sama :
a) Kepentingan / Kebaikan / Keistimewaaan amalan Demokrasi
Berparlimen di Malaysia
b) Implikasi / Kesan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen
terhadap kestabilan dan kemakmuran negara
c) Pada pandangan anda mengapakah sistem Demokrasi
Berparlimen masih
relevan dan penting kepada negara Malaysia.
|
6
|
SOALAN 6
|
Manfaat Demokrasi Berparlimenuntuk kemanan dan kestabilan politik Negara
|
7
|
SOALAN 7
|
Jawapan untuk 3 soalan di bawah adalah sama :
a) Langkah-langkah yang boleh diambil
untuk mengekalkan sistem
pemerintahan Demokrasi
Berparlimen
b) Cara-cara bagaimana sistem Demokrasi
Berparlimen di Malaysia
dapat dikekalkan
c) Usaha-usaha yang boleh
mengukuhkan sistem
pemerintahan
Demokrasi Berparlimen
di Malaysia
|
7
|
SOALAN 8
|
Pada pendapat anda, bagaimanakah sistem pentadbiran negara dapat meningkatkan lagi kesejahteraan hidup rakyat di Negara kita ?
|
8
|
SOALAN 9
|
Nilai-nilai demokrasi yang perlu difahami
oleh warganegara Malaysia
|
8
|
Bil
|
Tajuk
|
ms
|
SOALAN 10
|
Jawapan untuk 5 soalan di bawah
adalah sama :
a) Kejayaan yang telah dicapai oleh
Malaysia berdasakan pemerintahan
Demokrasi Berparlimen
b) Pada pendapat anda,
bagaimanakah perlembagaan Malaysia menjadi kunci kejayaan Negara bagi mengekalkan
kestabilan politik dan menjadi contoh pada negara Asia Tenggara
c) Kejayaan Negara melalui
pengamalan sistem Demokrasi Berparlimen.
d) Kejayaan yang telah dicapai oleh
Malaysia sebagai sebuah Negara
yang stabil dalam aspek pentadbiran
e) Kejayaan Malaysia dalam mengurus
pentadbiran negara dalam
pelbagai bidang
telah menaikkan imejnegara di mata dunia.
|
9-10
|
SOALAN 11
|
Peranan warganegara dalam mengekalkan Malaysia sebagai
sebuah negara
Demokrasi Berparlimen
|
11
|
SOALAN 12
|
Cadangan bagi memantapkan perlaksanaan sistem Demokrasi
Berparlimen
di negara kita.
|
11
|
SOALAN 13
|
Kejayaan pelaksanaan
sistem Demokrasi Berparlimen yang menjadikan Malaysia dihormati di peringkat
antarabangsa/ dalam memakmurkan negara. Buktikan
|
12
|
SOALAN 14
|
Bukti sistem
Demokrasi Berparlimen menjamin
kestabilan politik negara
|
13
|
SOALAN 15
|
Cabaran dan langkah yang dihadapi dalam mengekalkan Demokrasi Berparlimen di Malaysia
|
13
|
SOALAN 16
|
Cabaran dan langkah menjadikan Malaysia sebagai sebuah
negara
Maju( beserta
candangan jawapan lain)
|
14-15
|
SOALAN 17
|
Nilai-nilai
murni / Iktibar /patriotisme daripada amalan Demokrasi Berparlimen
|
15
|
SOALAN 18
|
9. MERUMUS – kesimpulan dari
keseluruhan isi yang telah dibincangkan
a) Pengetahuan yang diperolehi
b) Iktibar kepada diri ,
bangsa dan Negara
c) Harapan menjadikan
bangsa dan Negara Malaysia cemerlang
dan terbilang
|
16
|
Jumlah isi jawapan hendaklah mengikut
peruntukan markah
RUJUK
BUKU TEKS
|
Andaian aras : PENGENALAN ( 5 markah )
|
Soalan
1 : JelaskanMaksud / Konsep / Corak / Bentuk Negara Demokrasi ( Berparlimen)
(Bt ms 161 -162)
|
Pertama, demokrasi
berparlimen bermaksud rakyat melibatkan
diri dalam sistem
pemerintahan negara. Dalam konteks Malaysia pula, meletakkan Raja-raja Melayu
sebagai lambang taat setia rakyat
.
Kedua, selain itu
demokrasi berparlimen memberi rakyat
peluang membentuk kerajaan. Rakyat juga bebas memilih perwakilan melalui pilihanraya.
Ketiga, umumnya pula negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat.
Keempat, terdapat dua corak pemerintahan Negara demokrasi
iaitu sistem Raja berpelembagaan dan Sistem
Republik.
Kelima, sistem Raja Berperlembagaan pula bermaksud sistem
pemerintahan yang mengekalkan raja
sebagai pemerintahan tertinggi negara dan negeri. Pemerintah dibantu oleh
Perdana Menteri.
Keenam, bagi Sistem Republik pula ialah bermaksud sistem
yang menolak institusi beraja.
Kerajaan diketuai oleh presiden. Manakala Presiden dipilih oleh rakyat melalui
pilihan raya.
Contoh seperti Negara Perancis, Korea Selatan, India dan
Filipina. Presiden memegang dua dua jawatan iaitu sebagai ketua kerajaan dan
ketua negara.
Soalan 2 :
Definisi / Maksud / Konsep / Jenis / Latar belakang
sistem pemerintahan negara
Malaysiaselepas Merdeka ( Bt ms 161- 162 )
|
Pertamanya, selepas
merdeka Malaysia telah memilih untuk mengamalkan Sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan
sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
Kedua,
Sistem Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat
melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara. Raja-Raja Melayu menjadi
lambang taat setia rakyat.
Ketiga,
rakyat berpeluang membentuk kerajaan
dan rakyat bebas memilik perwakilan melalui pilihan raya. Rakyat berhak
menyokong, mengekalkan atau menukar kerajaan yang sedia ada melalui pilihan
raya.
Keempat,
perlembagaan Malaysia menjadi garis
panduan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen di Malaysia. Beberapa pindaan Perlembagaan dibuat untuk
menyesuaikan sistem pentadbiran Demokrasi Berparlimen dengan perkembangan
politik semasa.
Kelima,
Sistem demokrasi berparlimen berjaya mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera
dan stabil.
RUJUK
BUKU TEKS
|
Andaian SoalanARAS
2. MEMAHAMI ( Calon FAHAM tentang topik perbincangan)
3. MENGANALISIS ( Calon buat
ANALISIS terhadap solan,
melibatkan proses pengumpulan maklumat )
|
Isi jawapan ikut peruntukan markah
|
Soalan 3 : Ciri–ciri sistem
pemerintahan Demokrasi
Berparlimen di Malaysia
( Btms 161)
|
Ciri sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di
Malaysia ialah mempunyai perlembagaan. Perlembagaan merupakan undang-undang
tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan. Perlembagaan
menjadi panduan kepada kerajaan untuk mentadbir negara. Perlembagaan
mengandungi pelbagai peruntukan.
Ciri yang kedua ialah mempunyai institusi Raja
Berperlembagaan. Raja Berperlembagaan bermaksud sistem pemerintahan beraja
mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia. Yang di-Pertuan Agong adalah
Ketua Utama Negara. Baginda bertindak mengikut Perlembagaan Malaysia dan
nasihat Perdana Menteri.
Ciri yang ketiga ialah mempunyai Parlimen.Parlimen
ialah badan perundangan yang menggubal undang-undang di negara kita. Parlimen
terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
Ciri yang keempat ialah mengamalkan pilihan raya. Pilihan
raya ialah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah samada di peringkat
negeri atau persekutuan. Pilihan raya diadakan dalam dua bentuk iaitu pilihan
raya umum dan pilihan raya kecil. Pilihan raya dijalankan oleh Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR).
Ciri yang kelima ialah mempunyai badan yang menjalankan
pemerintahan. Kuasa pemerintahan dibahagikan kepada badan perundangan,
badan pelaksana dan badan kehakiman. Ketiga-tiga badan ini dipegang oleh pihak
yang berasingan untuk mengelakkan pembolotan kuasa.
Ciri yang keenam ialah mempunyai parti-parti politik. Ideologi
politik dan sikap perkauman menjadi asas pembentukan parti politik di negara
kita. Parti-parti ditubuhkan dengan matlamat untuk menyatukan dan menjaga
kepentingan kaum masing-masing.
Ciri yang ketujuh ialah mengamalkan kebebasan asasi. Setiap
warganegara mempunyai hak asasi dan kebebasan berpersatuan, beragama dan
memiliki harta. Warganegara bebas memilih dan menganggotai mana-mana parti
politik. .
CATATAN : Sekiranya markah 30 sila tulis banyak jawapan
seperti ini
Soalan 4 : Ciri–ciri sistem
pemerintahan Demokrasi
Berparlimen
di Malaysia
( 30 markah )
( Btms 161)
|
Ciri
utama dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen ialah mempunyai
perlembagaan.Perlembagaan merupakan undang-undang
tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan.
Perlembagaan
menjadi panduan kepada kerajaan
untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara. Parti politik / kerajaan yang
memerintah akan mengetahui hala tuju pentadbiran negara.
Perlembagaaan
ini menjamin kerajaan menunaikan
tanggungjawab kepada rakyat melalui peruntukan yang terkandung di dalamnya.
Perlembagaan
berperanan menjamin kestabilan
sesebuah negara dengan menentukan rangka dan bentuk pentadbirannya.
Perlembagaan membantu dan menjamin kecekapan, kejujuran, keadilan serta
kelicinan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah kerajaan.
Ciri
sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen berikutnya ialah institusi Raja Berpelembagaan. Di Malaysia, Raja Berpelembagaan
ialah sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukkan dalam perlembagaan
Malaysia.
Sistem Raja Berpelembagaan merupakan tonggak keagungan kerajaan Malaysia sehingga kini. Sistem ini
membantu memantapkan kewibawaan institusi beraja di negara kita di samping
memberikan keseimbangan kepada raja yang menaungi rakyat dan rakyat yang
dinaungi oleh raja.
Ciri demokrasi berparlimen seterusnya ialah parlimen / badan perundangan. Parlimen merupakan badan perundangan
yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di Malaysia. Komponen Parlimen terdiri
daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan dewan Rakyat.
Pilihanraya
juga merupakan salah satu ciri demokrasi
berparlimen di Malaysia.Pilihan
raya ialah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat
negeri atau persekutuan. Pemilihan ini dilakukan secara sulit dengan
menggunakan prosedur yang telus dan teratur.
Terdapat dua jenis pilihanraya
di Malaysia iaitu pilihanraya umum
dan pilihan raya kecil. Pilihan raya
umum diadakan untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Undangan Negeri
secara serentak di seluruh Semenanjung Malaysia.Di Sarawak dan Sabah pula
pilihan raya umum bagi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri diadakan secara
berasingan.
Pilihan raya penting kepada
semua warganegara dalam sistem pemerintahan demokrasi. Setiap warganegara perlu bertanggungjawab
mengambil tahu perkembangan politik semasa. Mereka harus melibatkan diri
dalam proses memilih pemimpin negara serta menentukan bentuk kerajaan dan corak
pemerintahan demokrasi melalui pilihan raya.
Dalam konteks Malaysia,
demokrasi berparlimen mengamalkan konsep
pengasingan kuasa. Kuasa pemerintahan
dibahagikan kepada tiga cabang,iaitu Badan Perundangan,Badan Pelaksana,dan Badan
Kehakiman. Ketiga-tiga badan ini harus dipegang oleh pihak yang berasingan
untuk mengelakkan pembolotan kuasa.
Fungsi badan perundangan merujuk kepada undang-undang yang digubal oleh badan
perundangan yang dipertanggungjawabkan oleh perlembagaan. Fungsi badan
perundangan ialah menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan
kesejahteraan rakyat. Parlimen merupakan badan perundangan yang
bertanggungjawab menggubal undang-undang di Malaysia.Parlimen terdiri daripada
Yang di-Pertuan Agong,Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
Penubuhan
parti-parti politik juga merupakan salah satu ciri demokrasi
berparlimen. Secara umumnya parti politik merujuk kepada sekumpulan orang yang
mempunyai ideologi politik untuk mencapaimatlamatbersama.Parti-parti
politik ini berjuang untuk mendapatkan kuasa. Ahli-ahlinya membayar yuran
keahlian dan selalunya memberikan kesetiaan dan komitmen terhadap
perjuanganparti.
Akhir sekali ialah Kebebasan
Asasi yang melibatkan kebebasan hak asasi dan kebebasan berpersatuan,
beragama dan memiliki harta.
Jawapan
untuk 3 soalan di bawah adalah sama
Soalan 5 : Kepentingan /
Kebaikan / Keistimewaaan amalan Demokrasi Berparlimen
di
Malaysia
|
Soalan 5 : Implikasi / kesan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen terhadap
kestabilandan kemakmuran negara
|
Soalan 5 : Pada pandangan anda mengapakah sistem Demokrasi Berparlimen masih
relevan dan penting kepada negara Malaysia.
|
Antara kepentingan amalan
demokrasi berparlimen ialah adanya perlembagaan yang menjamin kestabilan sesebuah negara dan menentukan rangka dan bentuk pentadbirannya.
Selain itu, membantu dalam menjamin kecekapan, kejujuran, ketelusan serta menjamin kelicinan
pentadbiran dan pemerintahan sesebuah kerajaan.
Antara kebaikan sistem pemerintahan demokrasi
ialah rakyat terlibat dalam memilih
dan membentuk kerajaan. Rakyat boleh bersuara dan
kemukakan pandangan. Sistem ini berjalan dengan baik dan mantap kerana adanya sokongan rakyat.
Rakyat bebas beragama tanpa menyinggung
amalan agama lain, melahirkan rakyat yang sentiasa patuh pada undang-undang
negara, perlembagaan dan melahirkan semangat patriotisme dan cintakan Negara.
Rakyat juga bebas menganggotai mana-mana parti politik.
Menghadkan seseorang individu daripada
bercakap perkara-perkara yang boleh mencetuskan rusuhan kaum.
Seterusnya, pemimpin tidak berkuasa mutlak.Rakyat juga bebas memilih pemimpin melalui pilihanraya. Sistem demokrasi berparlimen
juga menjamin
hak asasi rakyat dan memastikan keamanan.
Sistem ini juga menjamin kerajaan yang
adil dan stabil.
Melalui sistem demokrasi berparlimen juga, kedaulatan
negara di tangan rakyat. Hal ini kerana kerajaan yang dipilih akan menunaikan tanggungjawab
dengan telus. Keadaan ini menjamin kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi.
Institusi beraja dan bidang kuasa Raja- Raja
akan dihormati Dalam pada itu, sistem raja berperlembagaan juga dapat dikekalkan dan melalui undang-undang membantu melicinkan urusan
pentadbiran negara.
Di
samping itu, melalui sistem demokrasi perpaduan
kaum dapat dikekalkan dan juga mengiktiraf
hak asasi rakyat di negara ini.
Tambahan
pula, kedaulatan negara Malaysia dapat
dikekalkan dan secara tidak langsung mewujudkan
keamanan negara di Malaysia.
Akhir
sekali, sistem pemerintahan demokrasi di Malaysia dapat membentuk warganegara yang bersikap terbuka serta melahirkan individu dan masyarakat
berdisiplin serta bermoral tinggi.
RUJUK BUKU TEKS
|
Andaian Soalan ARAS
4.
APLIKASI( Menggunakan pengetahuan dan maklumat yang
dipelajari serta kefahaman tentang
pengetahuan dan maklumat itu
untuk diaplikasikan DALAM SATU SITUASI
BARU )
|
Isi jawapan ikut peruntukan markah
|
Soalan 6 : Manfaat Demokrasi Berparlimen
untuk kemanan dan kestabilan politik negara
|
Antara manfaat demokrasi
berparlimen untuk keamanan dan kestabilan politik negara
Pertama, terdapat tiga cabang
kuasa pemerintahan di Malaysia yang dipegang oleh pihak berasingan bagi
mengelakkan pembolotan kuasa iaitu Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan badan
Kehakiman.
Kedua, rakyat berhak menentukan corak pemerintahan. Ketiga,
keamanan negara dapat diwujudkan. Keempat, undang-undang negara terpelihara
daripada pencerobohan anasir luar.
Kelima, perlembagaan menjadi garis panduan untuk memerintah negara.
Keenam, membentuk kerajaan yang adil dan stabil. Ketujuh, Raja menjadi lambang
taat setia rakyat.
Kelapan, undnag-undang menjamin keselamatan. Kesembilan,
undang-undang melindungi kepentingan dan hak asasi rakyat.
Kesepuluh, undang-undang membantu melicinkan urusan pentadbiran
negara. Kesebelas,pilihan raya diadakan dan dilakukan secara sulit dengan
menggunakan prosedur yang telus dan teratur. Rakyat berkuasa untuk memilih
wakil rakyatm untuk memerintah. Kedua belas, rakyat memilih ahli Dewan Rakyat
bagi menyampaikan keinginan corak pemerintahan Malaysia.
Keempatbelas, rakyat memilih
ahli Dewan Undangan Negeri. Kelima belas, rakyat berhak menentukan bentuk
kerajaan.
==============================================================================
Jawapan untuk 3
soalan di bawah adalah sama
Soalan 7 : Langkah-langkah yang boleh
diambil untuk mengekalkan sistem pemerintahan
Demokrasi
Berparlimen
|
Soalan 7 : Cara-cara bagaimana
sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia
dapat dikekalkan
|
Soalan 7 : Usaha-usaha yang boleh
mengukuhkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen di
Malaysia
|
Pertama, berpegang teguh dan
mematuhi lima prinsip Rukun Negara. Kedua, mematuhi undnag-undang negara yang
telah ditetapkan. Ketiga, menjadikan raja-Raja Melayu sebagai lambang taat
setia rakyat kepada negara.
Keempat, rakyat perlu mematuhi
peraturan dan prinsip yang telah ditetapkan. Kelima, menjaga hak asasi
warganegara Malaysia yang berdaulat.
Keenam, mengekalkan amalan
demokrasi yang telah lama diamalkan. Ketujuh, pemimpin perlu mendorong rakyat
dalam merealisasikan wawasan 2020. Kelapan, meningkatkan kemahiran tenaga kerja
untuk meningkatkan kebolehan pasaran.
Kesembilan, menyusun semula
pasaran pekerjaan untuk mengubah Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi.
Kesepuluh, menekankan sikap penerimaan dalam kalangan rakyat berbilang kaum
bagi mengekalkan keharmonian.Kesebelas, mewujudkan persekitaran kondusif ke
arah mempertingkat kualiti hidup. Keduabelas, menggalakkan kerjasama yang lebih
giat antara sektor awam dengan swasta. Ketigabelas meningkatkan infrastruktur
kawasan luar bandar.
Keempat belas membanteras
rasuah dan mengurangkan jenayah. Kelima belas, mendidik rakyat agar menggunakan
demokrasi dengan cara yang betul. Keenam belas, mengelakkan campurtangan asing
dalam urusan negara.Mengekalkan sistem pilihan raya yang adil dan bebas.
Soalan 8 : Pada pendapat anda, bagaimanakah sistem pentadbiran negara dapat meningkatkan
lagi kesejahteraan hidup rakyat di Negara kita ?
|
Perlaksanaan konsep 1 Malaysia oleh Perdana
Menteri.Mengukuhkan perpaduan antara kaum dan memupuk perpaduan nasional dan
persefahaman antara kaum.
Sistem
pemerintahan demokrasi berparlimen memastikan pentadbiran Negara berjalan
dengan lancar dan sistematik.Menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada
rakyat.
Menjaga
hak asasi warga Malaysia yang berdaulat.Pemimpin perlu memberi hak sama rata
dari aspek pendidikan.
Mengekalkan
amalan demokrasi yang telah diamalkan.Pemimpin perlu berusaha menaik taraf insfrastruktur Negara agar rakyat lebih
selesa, Pemimpin yang berkaliber dapat membantu rakyat dengan menyediakan
peluang pekerjaan yang lebih layak. Memberi bantuan kewangan kepada golongan yang kurang berkemampuan.Sistem
pendidikan perlu sentiasa dinaik taraf.
Pemimpin
perlu menyediakan kemudahan asas yang mencukupi.Menyediakan perkhidmatan
kesihatan yang terbaik kepada rakyat.Penyediaan kemudahan awam yang selesa
seperti kemudahan pengangkutan perlu dipertingkatkan.Sikap bantu-membantu dalam
masyarakat perlu dipupuk bagi mengekalkan kesejahteraan hidup
rakyat.Kesejahteraan hidup juga dapat dipelihara dengan memelihara ekonomi
Negara.
Soalan 9 : Nilai-nilai demokrasi
yang perlu difahami oleh warganegara Malaysia.
|
Nilai demokrasi yang perlu difahami oleh warganegara Malaysia
ialah menjunjung tinggi perlembagaan negara. Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi negara .
Perlembagaan menjadi asas pembentukan sesebuah kerajaan. Ketertinggian
perlembagaan mengatasi Yang di-Pertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan
Mahkamah.
Nilai demokrasi kedua yang perlu difahami oleh
warganegara Malaysia ialah taat setia kepada negara. Setiap warganegara dituntut mematuhi perlembagaan
dan undang-undang negara untuk menjamin taat setia kepada negara. Perlembagaan
Malaysia menyatakan seseorang yang mempunyai kerakyatan negara lain akan
dilucutkan kewarganegaraannya. seseorang warganegara boleh dilucutkan
kerakyatannya jika terbukti tidak setia kepada negara ini.
Nilai demokrasi ketiga yang perlu difahami oleh warganegara
Malaysia ialah jaminan hak asasi dan kebebasan rakyat di negara ini. Setiap warganegara mempunyai kebebasan
berpersatuan, beragama dan memiliki harta. Rakyat bebas untuk membentuk
kerajaan dengan cara memilih wakil rakyat melalui pilihan raya. Bagaimanapun
rakyat perlu mengetahui had kebebasan mereka di sisi undang-undang.
Nilai demokrasi keempat yang perlu difahami oleh
warganegara Malaysia ialah menghormati institusi Raja Berperlembagaan. Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Utama Negara.
Baginda merupakan simbol keutuhan dan perpaduan rakyat di negara ini.
Nilai demokrasi kelima yang perlu difahami oleh
warganegara Malaysia ialah mematuhi konsep pembahagian kuasa antara Kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri ditetapkan melalui
Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama. Pembahagian kuasa
dibuat agar sistem pentadbiran negara dapat diselaraskan tanpa sebarang
perbalahan.
Nilai demokrasi keenam yang perlu difahami oleh
warganegara Malaysia ialah mematuhi prinsip pengasingan kuasa antara Badan
Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman. Ketiga-tiga badan ini dipegang oleh pihak yang
berasingan untuk mengelakkan pembolotan kuasa. Ketiga-tiga badan menjalankan
tugas berasingan. Satu pihak tidak boleh mengambil tugas yang tidak berkaitan
dengannya.
Nilai demokrasi ketujuh yang perlu difahami oleh
warganegara Malaysia ialah mengiktiraf hak istimewa serta kedudukan orang
Melayu dan bumiputera Sarawak dan Sabah. Hak istimewa tersebut ialah pemberian jawatan dalam
perkhidmatan awam, biasiswa, kemudahan pendidikan serta pemberia lesen
perniagaan dan perdagangan. Hak keistimewaan tersebut tidak boleh dipersoalkan.
Andaian Soalan ARAS :
5 & 6 MENILAI ( Calon perlu
menjelaskan kejayaaan yang dicapai
oleh negara setelah memanfaatkan aplikasi )
|
Isi jawapan ikut peruntukan markah
|
Jawapan untuk
5 soalan di bawah adalah sama : (Isi berlandaskan markah )
Soalan 10 : Kejayaan yang telah
dicapai oleh Malaysia berdasakan pemerintahan Demokrasi
Berparlimen
|
Soalan 10 : Pada
pendapat anda, bagaimanakah perlembagaan Malaysia menjadi kunci kejayaan
Negara bagi mengekalkan kestabirlan politik
dan menjadi contoh pada negara A.T
|
Soalan 10 : Kejayaan Negara
melalui pengamalan sistem demokrasi
berparlimen.
|
Soalan 10 : Kejayaan yang telah
dicapai oleh Malaysiasebagai sebuah Negara
yang stabil dalam
aspek pentadbiran
|
Soalan 10 : Kejayaan Malaysia dalam
mengurus pentadbiran Negara dalam
pelbagai bidang telah
menaikkan
imej Negara di mata dunia.
|
ASPEK POLITIK
Pertama, Malaysia dilihat
sebagai Negara yang mempunyai sistem pentadbiran yang amat cemerlang.Malaysia
menjadi Negara yang aman dan maju menggunakan sistem pentadbiran kini. Kedua, menganggotai pelbagai pertubuhan
antarabangsa seperti KOMANWEL , PBB, OIC. ASEAN , NAM, NEGARA BERKECUALI.
Ketiga,menjadi pengerusi dalam persidangan antarabangsa seperti ASEAN,KOMANWEL,
NAM dan OIC.
Keempat, lawatan kerja pemimpin
Negara besar ke Malaysia seperti Presiden Obama.Kelima, pemerintahan yang adil
dan saksama menjamin kesejahteraan rakyat.Keenam, mewujudkan semangat
patriotism yang luhur untuk kesatabilan politik.
Ketujuh, mengatasi ancaman Negara
luar terhadap keselamatan Negara yang boleh menggugat kedaulatan
Negara.Kelapan, terdapat pengiktirafan daripada Negara luar.Kesembilan,
membentuk identity Negara melalui lambing-lambang Negara.Kesepuluh, mengekalkan
kestabilan dan kesejahteraan Negara.Kesebelas, mengekalkan kerajaan yang adil
dan saksama.
Kedua belas, menjadi perantara dalam
menyelesaikan isu-isu antara bangsa.Ketiga belas mengeratkan kerjasama antara
bangsa sebagi contoh PBB, OIC dan NAM.
ASPEK EKONOMI
Pertubuhan ekonomi yang
mampan melualui k-ekonomi. Menjalin hubungan perdagangan dengan Negara luar
seperti Amerika Syarikat, Negara Eropah, Jepun, China, India dll
Menjalin hubungan perdagangan antara
Negara ASEAN.Pertambahan bilangan pelabur asing ke Malaysia.Pembangunan infrastruktur
seperti pembinaan KLIA 2 bertaraf antara bangsa.Perlaksanaan projek pembangunan
kawasan luar Bandar untuk membasmi kemiskinan seperti FELDA.
Mewujudkan institusi kewangan yang
mantap melalui perluasan sistem perbankan Islam dan sistem ekuiti
Islam.Kemajuan ekonomi domestik.Meningkatkan pendapatan Negara kasar.
Memperkenalkan plan transformasi ekonomi, telah menjadikan Malaysia sebuah
Negara berpendapatan tinggi. Menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk
menjayakan k-ekonomi.
Meningkatkan taraf pendapatan isi
rumah melalui sara 1 Malaysia. Peningkatkan pendapat perkapita telah mewujudkan
golongan kelas pertengahan yang besar. Menjadi salah sebuah Negara yang
bersaing dan dinamik dari aspek ekonomi kearah sebuah Negara yang maju melalui kecemerlangan
dalam sistem pengkutan sepert MAS ( Malaysia Airline ). Mempelopori hab halal
yang menjadi rujukan dunia.Berada ditangga kedua sebagai pengeluar getah dan
minyak sawit bertaraf dunia. Membuat pelaburan dalam bidang petroleum dan gas
di Negara lain melalui PETRONAS, seperti Canada, Australia, Britain dan
Turmenistan.
Menjalin
hubungan perniagaan dalam pembuatan kenderaan dengan syarikat kenderaaan di
Jepun dan Negara Eropah.
Memainkan peranan penting dalam
mesyuarat menteri-menteri ekonomi Asia.ASEAN, Jepun, ASEAN+3.
ASPEK SOSIAL
Mewujudkan perpaduan
antara kaum yang kukuh.Kesejahteraan dan kebajikan rakyat terjamin melalui
pemberian BR1M.Penggubalan Dasar Pelajaran Kebangsaan patut melonjakkan
kecemerlangan pendidikan.
Membentuk masyarakat yang madani,
membangunkan modal insan, sebagai asset terpenting untuk meamcu Negara ke
hadapan.Melaksanakan k-masyarakat unutk memperbaiki dan memperkayakan
masyarakat dengan pengetahuan.
Mewujudkan masyarakat yang berjiwa
bebas, tenteram dan maju, iaitu masyarakat yang berjiwa bebas dan terbuka.
Memupuk
dan membina masyarkat demokratik yang matang.Mewujudkan masyarakat yang
bermoral dan beretika yang patuh pada agama, budaya dan tradisi cemerlang.
Mewujudkan
masyarakat saintifik dan progresif melalui penguasaan ilmu sains dan
teknologi.Melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan Negara.
Menyalurkan bantuan ubat-ubatan
kepada rakyat Palestine.Menjadi fasilatator untuk rundingan ramai antara bangsa
Moro dengan Kerajaan Filipina.
Memberi
bantuan peralatan pencegahan penyakit EBOLA di beberapa kawasan Negara di Afrika.
Pembangunan dalam prasarana
pendidikan, seperti penubuhan UIAM.
Membantu pelarian ROHINGYA di Myanmar akibat konflik agama.
TEKNOLOGI
Menghantar ankasawan
pertana Datuk Dr. Sheikh Muszaphar shukor ke Stesyen Angkasa Antara
bangsa.Melancarkan statelit seperti TiongSAT, MeaSat, razakSAT dan MeaSAT 3B.
Mewujudkan inovasi dalam industri
getah dan kelapa sawit yang mnejadi contoh Negara-negara di Dunia.
Menghasilkan
jenama buatan Malaysia seperti kereta nasional Proton.
Menghasilkan
produk Halal Untuk Pasaran Antarabangsa.Projek kolidoraya multimedia atau
MSC.Kepelbagaian bentuk seni bina melalui perkembangan bidang teknologi.
Tahap
pencapaian sistem Jalur Lebar diperluaskan ke pelosuk Negara.pemodenan dalam
struktur pertanian melalui pembangunan teknologi tinggi seperti kaedah BIO
Teknologi.
Soalan 11 :
Peranan warganegara dalam mengekalkan
Malaysia sebagai sebuah negara Demokrasi Berparlimen (10 markah)
|
Peranan
warganegara dalam mengekalkan demokrasi berparlimen ialah menganggotai mana-mana parti politik. Selain itu, mendaftar sebagai pemilih atau menjadi calon pilihanraya. Seterusnya, bertanding atas parti atau calon bebas.
Kita
juga boleh memilih pemimpin yang
bertanggungjawab, amanah, berwawasan dan pemimpin yang mesra rakyat.
Warganegara
Malaysia juga mestilah sentiasa menghayati
dan menjunjung perlembagaan negara.
Seterusnya mesti menerima institusi
beraja dan tidak memperlekehkan
institusi tersebut.
Warganegara
juga perlu taat kepada pemimpin negara.
Selain itu, tidak menyertai demonstrasi
haram atau menganggotai pertubuhan
haram.Sekiranya warganegara tidak berpuas hati terhadap sesuatu dasar,
perlulah menyatakan pendirian melalui
saluran yang betul.
Kita
juga memilih pemimpin yang menghormati
hak asasi manusia. Kemudian, kita hendaklah patuh kepada undang-undang negara serta bertolak ansur, bekerjasama
dan saling hormat menghormati.
===========================================================================
Soalan 12 : Cadangan bagi memantapkan
perlaksanaan sistem
demokrasi berparlimen di
negara kita.
|
Cadangan
saya bagi memantapkan perlaksanaan sistem demokrasi berparlimen di negara kita
ialah memberi kebebasan bersuara dalam
kalangan rakyat di Malaysia.
Seterusnya
menerapkan nilai-nilai islamdan murni
dalam pemerintahan negara dan menghormati
hak individu setiap rakyat Malaysia.
Selain
itu, kita seharusnya menghormati
sensitiviti kaum yang terdapat di Malaysia dan memastikan perlembagaan negara sentiasa releven dengan tuntutan
semasa.
Di
samping itu, sebagai rakyat kita haruslah mematuhi
sistem kehakiman negara dan tidak
mempersoalkan isu-isu sensitif dalam perlembagaan bagi tujuan keharmonian
kaum.
Seterusnya,
kita sebaiknya memastikan pemimpin yang
dipilih mempunyai integriti yang tinggi. Rakyat juga perlu menyokong sistem demokrasi berparlimen di
Malaysia.
Cadangan lain adalah rakyat perlu melibatkan diri secara aktif dalam menjayakan
dasar-dasar kerajaan agar kemajuan dan keharmonian negara dapat dikecapi.
Akhir
sekali, sebagai rakyat Malaysia kita perlu menunaikan
tanggungjawab sebagai pengundi dan bebas
menganggotai mana-mana parti politik serta bersikap terbuka dan menerima
parti yang memenangi piliha raya di Malaysia.
Soalan 13 : Kejayaan pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen
yang menjadikan
Malaysia dihormati di peringkat antarabangsa/ dalam
memakmurkan negara
|
Malaysia
berjaya mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan. Kejayaan ini menjadikan kita dihormati kerana mengekalkan Raja-Raja Melayu
menjadi Ketua Utama Negara.
Malaysia
berjaya menjalankan pemerintahan demokrasi berpandukan Perlembagaan
Malaysia. Kejayaan ini menyebabkan Malaysia dihormati sebagai sebuah negara
berdaulat.
Malaysia
berjaya mengelakkan pembolotan kuasa dalam pemerintahan negara melalui
amalan pengasingan kuasa antara Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan
Kehakiman. Kecekapan pemerintahan ini menyebabkan banyak negara luar meniru
amalan pemerintahan negara kita.
Malaysia berjaya memperkasakan
fungsi Parlimen sebagai institusi penting dalam sistem pemerintahan
demokrasi berparlimen. Perbahasan Parlimen dijalankan secara telus, profesional
dan berhemah. Masyarakat dunia mengiktiraf Parlimen Malaysia sangat berwibawa.
Malaysia berjaya menjalankan pentadbiran
yang cekap melalui Badan Pelaksana. Negara menjadi stabil dan berkembang pesat ekonominya. Malaysia
menjadi negara yang makmur dan sejahtera.
Malaysia berjaya meningkatkan kewibawaan
Badan Kehakiman yang menguatkuasakan undang-undang negara. Negara luar
sangat berpuas hati dengan keputusan mahkamah Malaysia terhadap kes-kes
yang melibatkan rakyat mereka.
Malaysia berjaya mengamalkan pilihan
raya yang bebas dan bersih. Pertubuhan Bangsa Bersatu yakin bahawa hak
asasi dan kebebasan individu hidup subur dalam sistem pilihan raya di
negara ini.
Malaysia berjaya membentuk kerajaan
yang berwibawa melalui pilihan raya. Pemimpin Malaysia sering diminta
memberi pandangan untuk membantu meningkatkan kecemerlangan bidang
sosial dan pendidikan di peringkat antarabangsa.
Malaysia berjaya memberi
kebebasan kepada rakyat menubuhkan dan menyertai mana-mana pertubuhan.
Pertubuhan kerajaan dihormati dunia kerana peranannya membantu meringankan
krisis kemanusiaan di peringkat antarabangsa.
Malaysia berjaya memupuk
perpaduan kaum melalui gabungan parti politik pelbagai kaum. Malaysia
dikagumi kerana kehidupan harmoni masyarakat berbilang kaum di negara
ini.
Malaysia berjaya mengamalkan
konsep pengagihan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Rahsia kejayaan mewujudkan pembangunan seimbang antara Kerajaan Negeri sering menjadi
rujukan negara serantau dan antarabangsa.
Malaysia berjaya memastikan kemakmuran
ekonomi untuk rakyatnya serta berjaya mengekalkan sebuah kerajaan yang
adil dalam matlamat ke arah sebuah negara yang maju.
Malaysia berjaya membentuk
identiti negara dalam konsep 1 Malaysia yang terdiri daripada pelbagai
kaum. Keadaan ini melahirkan rakyat yang taat setia, mewujudkan perpaduan
kaum yang utuh yang akhirnya membawa kepada kesejahteraan dan kestabilan
negara.
Soalan
14 : Bukti sistem Demokrasi Berparlimen menjamin kestabilan politik negara
|
1. Mengelakkan
penindasan terhadap rakyat
2. Menjamin hak
kebebasan asasi rakyat contohnya kebebasan dalam beragama
3. Melindungi
hak kebebasan asasi
4. Menjadikan
sistem pentadbiran yang cekap dan sistematik
5. Pembangunan
yang pantas dari aspek ekonomi, politik, sosial dan teknologi
6. Menjamin
keharmonian negara
7. Mengukuhkan perpaduan
pelbagai kaum
8. Mengelakkan
salah guna kuasa dalam kalangan pemimpin
9. Mengekalkan
kedaulatan negara
( Sila olah
dalam bentuk esei )
=========================================================================
Andaian Soalan ARAS :
7 MENJANA IDEA ( Calon perlu
menjelaskan CABARAN-
CABARAN yang dihadapi dan LANGKAH – LANGKAH
untuk
mengatasi cabaran tersebut )
|
Isi
jawapan ikut peruntukan markah
Cadangan
= 5m
Langkah
= 5m
|
Soalan 15 : Cabaran dan langkah yang dihadapi dalam mengekalkan Demokrasi
Berparlimen
di Malaysia
|
(a) Cabaran mengekalkan demokrasi berparlimen di
Malaysia (5 markah)
Antara cabaran menjadikan
Malaysia sebagai sebagai sebuah negara
demokrasi berparlimen adalah terdapat segelintir masyarakat yang tidak memahami konsep demokrasi.
Selain daripada itu,
masyarakat masa kini terdedah dengan ideologi baharu dalam politik.
Kepesatan teknologi maklumat menyebabkan rakyat
mudah terpengaruh dengan banyak fahaman politik negara lain.
Cabaran seterusnya ialah tuntutan rakyat yang melampaui
peruntukan Perlembagaan. Masih terdapat masyarakat Malaysia yang kurang matang serta bertindak mengikut perasaan.
(b)
Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran
di atas.(5 markah)
Antara langkah untuk
mengatasi cabaran menjadikan Malaysia
sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen ialah melalui proses pendidikan bermula dari peringkat
sekolah rendah hingga ke institusi pengajian tinggi.
Selain itu , pihak
kerajaan mempergiat usaha meningkatkan
kesedaran dalam kalangan rakyat tentang kebaikan demokrasi berparlimen dan
raja berpelembagaan yang telah sekian diamalkan di Malaysia. Kerajaan perlu memperkukuhkan semangat jati diri rakyat
Malaysia supaya tidak mudah terpengaruh dengan ideologi luar.
Seterusnya, kerajaan
perlu menguatkuasakan undang-undang
dengan lebih tegas bagi mengenalpasti individu atau pihak yang mencabar
Perlembagaan.
Pihak pemerintah hendaklah turun padang untuk mendekati dan memahami masalah rakyat bagi
mengelakkan salah faham antara pemimpin dengan rakyat.
Soalan 16 : Cabaran dan langkah menjadikan Malaysia sebagai sebuah
negara maju
|
a) Jelaskan cabaran yang
dihadapi Malaysia dalam memantapkan kestabilanpolitik
demi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara
maju. ( 5 M )
Cabaran yang dihadapi
oleh Malaysia salah satunya keadaan nilai mata wang yang turun naik atau
tidak tetap.
Kenaikan harga barangan juga merupakan satu
cabaran yang getir. Seterusnya, persaingan dengan negara maju menambahkan
lagi masalah kepada Malaysia.
Selain itu, Malaysia sukar
untuk menembusi pasaran antarabangsa. Pembangunan Malaysia masih
bergantung kepada teknologi luarkerana teknologi di negara kita masih rendah.
Malaysia juga menghadapi masalah
dalam menarik pelabur asing. Masalah gejala sosial yang berleluasa
juga menyukarkan Malaysia menjadi negara maju.
(b) Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di
atas. ( 5 M )
Langkah-langkah untuk
mengatasi cabaran di atas ialah Malaysia perlu meningkatkan penyelidikan dan
pembangunan (R&D).
Seterusnya, langkah yang
perlu dilakukan ialah dengan menguasai pelbagai teknologi terkini.
Malaysia juga perlu memperkukuh peranan negara sebagai hub halal.
Malaysia perlu melahirkan
lebih ramai modal insan untuk pembangunan negara. Langkah seterusnya,
Malaysia perlu mendapatkan hak milik/paten yang lebih banyak untuk
bersaing dengan negara luar.
Perbankan Islam perlu diperluaskan serta
menambahkan lagi penggunaan
E-dagang.Malaysia perlu
menambahkan bilangan tenaga professional untuk kemajuan negara.
CADANGAN PILIHAN JAWAPAN LAIN
CABARAN
1. Mengekalkan
kandungan perlembagaan negara yang sedia ada
- Terdapat segelintir rakyat
yang tidak berpuas hati dengan kandungan perlembagaan negara
- Berpendapat perlembagaan mesti
diubah sejajar dengan perubahan politik dunia
2, Menagadakan piliha
raya yang aman
- Terdapat pihak yang menagmbil
kesempatan unutk mencemarkan pilihan raya dengan melakukan perbuatan yang salah
3. Mengawal kebebasan
asasi
- Terdapat pihak yang telah
menyalahkan kebebasan asasi dalam perlembagaan
negara kursusnya kebebasan untuk bersuara
4. Perbezaan ideologi
politik
5. Tidak menghormati
institusi beraja
6. Membangkitkan
isu-isu sensitif, seperti isu penghinaan ideologi tehadap lagu Negaraku
7. Mempersoalkan
keputusan yang dibuat oleh sistem kehakiman negara
8. Melanggar peraturan
dan undang2 negara yang telah ditetapkan oleh perlembagaan
9. Pertambahan
golongan ekstremis dalam politik
10. Pengaruh
globalisasi semakin berleluasa yang meliputi aspek ekonomi dan sosial
11. Peningkatan
masalah gejala sosial disebabkab pengaruh negatif dalam media cetak
LANGKAH-LANGKAH
1. Kerajaan memberikan
penjelasan kepada pihak terbabit agar mereka memahami perkara yang tersurat dan
tersirat dalam perlembagaan negara
2. Pihak kerajaan
memperkasakan pembelajaran di sekolah rendah dan menengah
- Generasi muda dapat memahami
sebab-sebab kandungan perlembagaan negara mempunyai
elemen-elemen tertentu.
3. Pihak pemerintah
memberikan panduan kepada parti politik dalam menjalankan kempen pilihan raya
4. Pihak kerajaan
membuat beberapa penambahbaikan contohnya mengginakan dakwat kekal dan memanggil
pemerhati antarabangsa unutk menilai pilihanraya Malaysia
5. Pihak keselamatan
mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang sengaja mencemarkan pilihan
raya yang di adakan
6. Pihak pemerintah
menasihati pihak yang menyentuh hal2 yang sensitif yang boleh menggugat
perpaduan nasional
- Pihak yang masih berdegil akan
dikenakan tindakan undnag-undang yang
sewajarnya
- Mengikut akta hasutan 1948 dan
Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1948 ( Akta 301 )
7. Mengamalkan fahaman
politik yang sederhana
8. Menghormati
institusi raja
9. Tidak membangkitkan
isu-isu sensitif yang melibatkan isu agama dan kepercayaan
10. Menghormati sistem
kehakiman negara
11. Menghormati hak2
kaum lain seperti konsep 1 Malaysia
12. Bertindak mengikut
perlembagaan yang telah ditetapkan
13. Suruhanjaya
Komunikasi Malaysia harus bertindak menapis unsur2 negetif khursusnya dalam
media cetak dan elektronik
==============================================================================
Andaian Soalan ARAS :
8. NILAI MURNI / IKTIBAR
/ PATRIOTISME( Calon menyatakan nilai-nilai murni, iktibar dan
unsurnpatriotisme yang boleh diterapkan demi kemajuan negara kita )
IKTIBAR
– mestilah, hendaklah, haruslah, mestilah dll
|
Isi jawapan ikut peruntukan markah
|
Soalan 17 : Nilai-nilai murni / Iktibar
/patriotisme daripada amalan demokrasi berparlimen
|
Nilai-nilai murni yang
diperoleh dalam demokrasi berparlimen di Malaysia ialah pentingnya muafakat dan toleransi antara pemimpin
dan rakyat demi kemakmuran negara.
Seterusnya amat penting setiap warganegara membelakangkan kepentingan kaum
masing-masing demi kesejahteraan negara. Setiap warganegara hendaklah menerima unsur-unsur budaya kaum lain
sesuai dengan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
Seterusnya, sedia menerima perubahan
demi kestabilan dan keselamatan negara.
Selain itu, amat penting setiap rakyat mematuhi Perlembagaan negara demi
mengekalkan kedaulatan Malaysia. ta haruslah memelihara kemakmuran negara
dan taat setia kepada pemerintah,menyanjung tinggi kepada raja dan patuh
kepada undang-undang
.Perasaan berbangga sebagai warganegara
juga perlu ada dalam diri setiap warganegara. Rakyat Malaysia juga harus
bertoleransi dan mengamalkan permuafakatan dalam apa jua situasi sama ada dalam
aspek politik atau ekonomi dan sosial.
Iktibar yang boleh diambil daripada
kejayaan Malaysia melaksanakan sistem pemerintahan demokrasi ialah sanggup
mempertahankan perkara baik apabila
kita berusaha mengekalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.
Kita hendaklah membuat pilihan
yang bijak dalam melantik pemimpin, agar negara kita mencapai kecemerlangan
dalam semua bidang. Jika kita sentiasa peka terhadap perkembangan semasa,
sudah tentu sistem pemerintahan negara kita dapat memenuhi kehendak rakyat.
Setiap rakyat perlu memiliki jati
diri yang kukuh agar unsur-unsur negatif tidak mempengaruhi pemikiran
rakyat. Sebagai warganegara yang setia, kita hendaklah sentiasa berfikiran
positif agar sistem pemerintahan berjalan lancar.
Sikap mementingkan perpaduan
mestilah diutamakan dalam menjaga keharmonian masyarakat pelbagai kaum dapat
diwujudkan di negara kita. Sekiranya setiap warganegara menghayati prinsip
Rukun Negara, negara akan mencapai kestabilan politik.
Kita mestilah menghormati hak asasi dan kebebasan
individu supaya mereka dapat melibatkan diri dalam membuat keputusan
penting dalam membangunkan negara. Kita perlu menghormati amalan demokrasi
supaya sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dapat diteruskan.
============================================================================
PENUTUP / KESIMPULAN /
RUMUSAN
9. MERUMUS – kesimpulan dari keseluruhan isi yang telah dibincangkan
a) Pengetahuan yang
diperolehi
b) Iktibar kepada diri ,
bangsa dan Negara
c) Harapan menjadikan
bangsa dan Negara Malaysia cemerlang
|
a) Pengetahuan yang diperoleh ( 2M )
Pengetahuan yang
diperoleh ialah negara Malaysia ialah negara
yang mengamalkan ciri-ciri demokrasi berparlimen. Pengetahuan lain ialah permuafakatan antara pemimpin dan rakyat
menjamin kejayaan sistem demokrasi berparlimen di negara kita. Perlembagaan
Malaysia menjadi garis panduan sisitem
pemerintahan Demokrasi Berparlimen di negara kita
b) i) Iktibar kepada diri
( 1M )
Sebagai iktibar kepada
diri, kita mestilah menunaikan tanggungjawab kepada negara dengan mematuhi peraturan
serta ambil tahu perkembangan atau perubahan semasa. Kita juag mestilah
mematuhi peraturan dan undang2 negara seperti yang terdapat dalam perlembagaan
negara.
ii) Iktibar kepada
bangsa, masyarakat ( 1 M )
Manakala iktibar kepada
bangsa, seharusnya bangsa Malaysia saling
menghormati dan bekerjasama dalam menghadapi setiap cabaran. Rakyat
Malaysia mestilah berganding bahu membantu dan menyokong kerajaan untuk mengekalkan
keharmonian negara.
iii) Iktibar kepada
Negara ( 1 M )
Iktibar kepada negara
pula, pihak kerajaan dan rakyat harus
berganding bahu dan bersama-sama membawa kemajuan kepada negara. Pemimpin
negara mestilah mengamalkan sikap keterbukaan dan mengukuhkan perpaduan antara
kaum di Malaysia
c) Harapan menjadi masa
depan politik Malaysia yang lebih cemerlang
Harapan untuk masa depan
Malaysia yang lebih cemerlang ialah supaya negara akan kekal berdaulat dandapat
meneruskan amalan demokrasi berparlimen yang telah terbukti memberikan kita
kehidupan yang amat harmoni sejak merdeka sehingga kini. Seterusnya adalah
diharapkan Malaysia akan menjadi negara demokrasi yang paling disegani di mata dunia.
No comments:
Post a Comment