Dalam tulisan sebelum ini, aku ada mengatakan perancangan Allah swt lebih hebat dari perancangan kita.
Sebenarnya kalau nak ikutkan aku sepatutnya menghadapi pembedahan pada bulan 6 ini.
Oleh kerana perancangan Allah swt lebih hebat dari perancangan manusia, tarikh tersebut berubah dengan tidak dijangka-jangka.
Bagi aku, ada hikmah disebalik perubahan masa tersebut, iaitu:
1. Bulan 6, merupakan bulan ramadhan
2. Bulan ramadhan tidak sesuai untuk operation aku
3. Yang ketiga, mungkin bulan 6 ni saya dah pindah kot haha insyaallah.
4. Boleh kuruskan badan
Mengimbas kembali detik itu
13 April 2015: Aku lihat ada 1 panggilan telefon yang tidak sempat dijawab oleh aku.
Maka bermain-main la di fikiran aku, milik siapa panggilan tersebut.
Satu kesimpulan yang aku buat adalah nombor itu milik pejabat di Sarawak.
14 April 2015: Jam 11.29 pagi aku menerima semula panggilan dari nombor telefon seperti yang aku cerita di atas.
Jauh dari speker telefon aku suara itu memperkenalkan dirinya sebagai doktor dari Hospital Miri.
Tujuannya adalah untuk mempercepatkan tarikh operation aku pada 17 April 2015.
Entah mengapa aku rasa begitu gembira masa itu.
Lepas itu, aku terus ke pejabat pengetua untuk memaklumkan apa yang akan aku lalui.
Alhamdulillah pengetua menyokong aku.
Lantas aku mendapatkan kerani untuk memastikan dia membuat borang GL untuk aku.
Lepas itu, aku terus berbincang dengan isteri aku mengenai operation tonsil, alhamdulillah sambutan sangat baik.
15 April 2015: Membuat persediaan untuk meninggalkan sekolah termasuk membuat kertas soalan ujian formatif 2.
16 April 2015: Melapor diri pakar 5 hospital Miri.
Selepas itu aku ke kaunter B untuk pendaftaran.
Terus menuju ke wad 8, untuk ujian kesihatan.
Rancangan asal aku adalah selepas ujian kesihatan aku akan pulang semula ke rumah untuk ambil isteri aku.
Tapi aku terus ditahan di wad pada hari tersebut.
Terpaksalah meminta bantuan rakan untuk tumpangkan isteri aku datang ke hospital. Jaraknya 89KM, haha jauh kan.
Selepas ujian kesihatan dibuat, aku terus masuk bilik 5 untuk berehat, menunggu kedatangan isteri tersayang.
Isteri aku hanya datang seorang diri tanpa ditemani anak kami. Anak dihantar ke rumah pengasuh selama 3 hari 2 malam, sedih dan kesian pada anak yang tidak pernah berpisah dengan kami.
17 April 2015: Tepat jam 12 tengahari, nurse datang dan menyuruh tukar pakaian.
Aku dibawa oleh nurse dan diiringi oleh isteri ke bilik bedah.
Lebih kurang 1 jam dalam bilik bedah menunggu, sedikit sebanyak menghilangkan rasa takut.
Hampir 1 jam menunggu aku hanya mampu berselawat pada junjungan besar Nabi Muhammad saw je.
Jam 1 tengahari akhirnya aku diberi ubat bius dan tidak sedarkan diri lagi.
Bila celik ja mata, nafas tercungap-cungap kerana paru-paru kekurangan oksigen.
Bila tgk jam, dah pukul 3 petang rupanya.
1 jam aku diberi bantuan oksigen oleh doktor.
Jam 4 petang aku terus dibawa keluar dari bilik bedah ke wad 8 oleh nurse..
Setetusnya aku melalui hari-hari berpantang untuk menyembuhkan luka pembedahan ku..
No comments:
Post a Comment