Untuk makluman semua,buat julung-julung kalinya sekolah saya melancarkan karnival akademik pada tahun 2015. Dan saya sebagai ketua panitia sejarah diamanahkan untuk menyediakan soalan kuiz dan mengendalikan pameran panitia sejarah.
Alhamdulillah, soalan kuiz sempat saya sediakan, namun tidak sempat untuk bersama pelajar semasa menjawab kuiz.
Kenapa ye tidak sempat bersama pelajar.
Kerana perancangan Allah lebih hebat dari perancangan manusia. (Cuti sakit 10 hari)
Pameran pula saya tidak sama sekali sempat menyediakan bahan, kerana masa tidak mengizinkan untuk saya masa itu. Justeru, buat tahun pertama karnival akademik, kami hanya menyediakan buletin sejarah dan info kemerdekaan sahaja sebagai info untuk pameran. Itupun dengan bantuan isteri saya yang merupakan ahli panitia sejarah sekolah saya jugak. Apa-apa pun, terima kasih kepada my wife..
Bunyinya macam dah ok bagi saya dengan rancangan pameran, tetapi rupanya panitia lain lebih 'grand' dia punya pameran. Antaranya seperti:
1. Buat eksperimen
2. Kuiz
3. Permainan
4. Menayangkan alat muzik
5. Dan banyak lain yang best-best
Apa-apa pun saya bersyukur kerana ada juga bahan untuk ditampilkan walaupun tidak semeriah panitia lain.
Alhamdulillah
No comments:
Post a Comment